Sunday, 18 November 2012

Peach Layered Cake

Assalamualaikum...

Hari ni rasanya nak belajar buat kek la... Almaklumlah dah pencen... tak kan nak duduk saja kat rumah kan selain sibuk dengan tanggungjawab kat rumah ni...

Haa... apa lagi dengan ucapan Bismillah terus bukak internet dan cari blog-blog masakan yang sentiasa mendapat perhatian ramai... 

Memang banyak tapi kita sebagai "pelajar" la katakan... nak la cari blog yang terdapat pelbagai resepi dan tips-tips menarik.. betul x?

Tetiba saja mata ni tertumpu pada blog yang memang menarik... ramai jugak yang menjadi pelanggan tetap blog ni...

Azlita Masam Manis merupakan blog yang pertama mendapat perhatian saya.. memang menarik aturan gambar, cerita, resepi dan sebagainya..

Orangnya pun manis ja dengan tutur bahasa yang baik.. Beliau sentiasa menampilkan pelbagai koleksi resepi yang sgt2 menarik dan sentiasa menyediakan resepi serta tips yang pelbagai...

Antara resepi beliau yang saya belajar dan praktik kan ialah Peach Layered Cake...

Jom belek2 resepi...
 
Kek pertama yang dipelajari dan dibuat







Alhamdulillah walaupun kali pertama belajar buat kek yang berlapis-lapis ni.. menjadi jugak... Rasanya nya pon sedap yang amat...

masa nak potong kek ni.. memang berdebar-debar sebab nak tengok jadi ke tak lapis-lapis macam resepi Puan Azlita ni...

Gembira ras adi hati bila semuanya menjadi..Alhamdulillah syukur pada Allah. Walaupun dekorasinya tak berapa kemas..

Tapi sebagai 'pelajar' mesti la berusaha keras untuk meningkatkan kualiti... betol x?


Antara pesanan customer untuk Peach Layered Cake..



Ni di antara tempahan ja la... Tak kan nak letak semua... hehe..

Memang menjadi pilihan customer saya untuk order kek ni... Memang sedap... x tipu... hehe...

Dah banyak buat untuk kek ni terutamanya order masa hari raya hari 2... Tak menang tangan dibuatnya...

Yang ni pulak buat untuk besday hubby.. ada la jamuan sikit di rumah jamuan kesyukuran..



Cantik tak?

Oklah..Untuk tempahan sila berhubung dengan kami ya

Terima Kasih..

No comments:

Post a Comment