Monday, 7 January 2013

Assalamualikum..
Dua minggu lepas ada customer order carrot 2 biji.Arini baru sempat nak pos dalam blog.
Jom kita view gambar2 tersebut.

Olehsbb customer nak 2 biji kek jadi kami menyediakan 2 jenis : carrotcake dgn walnut + nanas tin + deccicated coconut. dan sebiji lagi carrot cake with walnut + kurma




Sesiapa yg nak order blehla lwt fb cake house. tq.

 

Friday, 23 November 2012

Rainbow Cake

Cuaca pagi yang lembab dek kerana hujan yang turun pada malam hari membuat mata pun malas nak buka. Tapi masih ada lagi kek yang telah dipesan maka terpaksalah membuka gerobok barang untuk memulakan aktiviti....hai ..malas betul arini...

Tapi bagus jugak harini tak payah siram pokok bunga ...thanks Allah kerana rahmatMu ....

Hari ini nak buat kek 6 warna....layered dengan cream cheese frosting.....

Lambatnyer oven tua aku nihhhh... terpaksalah tiga kali bakar baru abisss..Itupun nasib baik dulu beli yang besar skit boleh muat 2 bekas 8"...

Takpa dah nak pilih kerjaya buat kek...hehehehe..


Hah..dah mandi dengan cream cheese frosting..siap 6 lapis..


Time untuk bagi dia sejuk...he..he...masuklah kek ke dalam peti ais untuk beberapa jam..nanti kita mekup dia plak... nak masak untuk tengah hari la plak..

Tak abis keja la lagi.

.

Dah abis makan tengah hari barulah dapat mendeko..Pembeli taknak letak apa2...rasa pelikla plak macam tak pakai baju ajee...Takpa buatlah balut ringan2.aje.. Ok dah bleh amik...

Hantaran

Assalamualaikum,

Musim cuti sekolah sudahpun bermula. Ramai bakal pengantin sibuk merancang untuk mengadakan Majlis Pernikahan. Hantaran untuk pihak pengantin mestilah cantik mata memandang.

Terdapat pelbagai jenis hantaran yang menjadi trend masakini.

Ini adalah hantaran yang telah ditempah oleh pelanggan Cake House.Harap pelanggan -pelanggan kami berpuas hati.

Jangan lupa order lagi. Terima kasih daun keladi......














Jika anda berminat bolehlah hubungi kami di FB

Thursday, 22 November 2012

Puding Kukus Delima Istana

Assalamualaikum...

Haa... Hari ni buat puding la pulak... Asyik kek, tarts, kek, tarts... hehe...

Kali ni buat puding yang namanya fulamakkk panjang berjela-jela....  Resepi puding ini kami dapat daripada blog kesukaan kami. Siapa lagi kalau bukan Azlita Masam Manis..

Hehehe.. Terima kasih banyak Azlita. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki. Amin..

Jom kita tengokkkk......




Yang ni pulak buat masa kenduri kesyukuran.. sebab 2 ada lah gambar nak tunjuk bila dah potong..

Rasanya memang berbaloi-baloi...

Hehehe... Jom la order..

Terima kasih.

Blackforest Chocolate Cake

Assalamualaikum..

Jom kita tengok2 Blackforest Chocolate Cake ni pulakk... 

Dah lama tak  buat kek blackforest tetiba dapat pesanan dari customer..

Jom lihat hasil...



Untuk dekorasi kami menggunakan chocolate chips untuk bahagian tepi kek. kami juga menggunakan buah ceri sebagai hiasan dan blueberry jem

Untuk bahagian dalam kami menggunakan kek coklat, layered dengan dark pitted cheery.
 
Untuk kek ni x dapat la nak tunjuk kan hasil potongan sebab terlupa nak mintak tolong customer mms kan gambar selepas potong..

Untuk contoh kedua pulak:


 
Yang ini pulak guna buat coklat kek layered dengan blueberry... 

Dekorasi pulak menggunakan chocolate rice untuk bahagian tepi kek serta penggunaan cherry merah dan sedikit hiasan ceri hijau yang dah dipotong kecil.

Hehe.. apa apa pon nak order?

Boleh hubungi kami di Facebook:  Cake House 

Terima Kasih..

Red Velvet Cake

Assalamualaikum...

Bertemu lagi kita... Apa khabar semuanya? Harap sihat walafiat... Amin...

Hari ni buat tatapan semua kami menyediakan resepi yang menjadi pilihan customer kami... Kek yang merah merelit bak kata org utara... hehe...

Merah menyala kek ni... Rasa pon bestt... 

Jom kita tengok:

ini adalah sebahagian daripada pesanan dari customer :

Hiasan yang kami gunakan adalah bentuk bakul di bahagian tepi kek dan crumble serta ceri untuk hiasan.



Kedua pula juga menggunakan decoraki bakul di bahagian tepi kek dan penggunaan sugar berbentuk love serta kombinasi buah ceri.



Kek Red Velvet boleh dipilih mengikut keinginan pelanggan sama ada 2 layer kek ataupun 3 layer.

Ini adalah contoh yang menggunakan 3 layer kek.

Gambar ni kami minta tolong daripada pelanggan untuk hantar mms bila dah potong kek.. hehehe...

Takut juga kalau di dalam nya comot. Tapi Alhamdulillah tersusun kemas dan rapi setelah dipotong.


Contoh dekorasi yang ketiga pula ialah :



Kami menghias kek ini dengan sedikit daun-daun dan bunga-bungaan pulak.. Buat perbezaan la pulakkn sebab asyik sama ja nanti bosan.. hehehe...

Bahagian tepi kek masih menggunakan corak bakul.


Haa... ini jugak 3 layer.. lebih sedap dan besttt.....

Nak order? jom hubungi kami....

Terima Kasih..

Wednesday, 21 November 2012

Fruit Tarts

Assalamualaikum....

Hari ni aktiviti membuat Fruit Tarts plak.. Hehe...

Buat fruit tarts ni kena guna 3jenis buah-buahan yang kontra warna baru cantik.. Macam saya lebih suka gunakan buah strawberi (merah), kiwi (hijau) dan buah peach (oren) baru nampak perbezaan warna yang ketara.

Jom kita lihat caranya :


Mula-mula kena sediakan shell atau kulit tarts.

Kemudian 


Isikan shell tarts dengan inti nya... Satu persatu sampai habis.. Kena letak mengikut kuantiti yang betul. 

Baru cantik...

Langkah seterusnya :

Potong buah-buahan mengikut saiz yang dikehendaki.



Kemudian langkah yang terakhir susun buah-buahan yang telah dipotong ke atas tarts tadi dengan berhati-hati.

Tekan sedikit buah-buahan tersebut supaya berada dalam keadaan yang diinginkan.


Sedap kan?

Jom order... =)

Terima Kasih...